Program Sijil Modular Kebangsaan
Program Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Jerai
Program Sijil Modular Kebangsaan atau lebih dikenali dengan SMK adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM, pelajar lepasan IPTA/IPTS dan penganggur. Di Kolej Komuniti Jerai, program yang disediakan adalah berasaskan pelancongan. Dengan yuran semurah RM10.00 sebulan, pelajar yang berjaya mendapatkan sijil berpeluang untuk menjadi Pemandu Pelancong dan Ketua Rombongan.
Syarat-syarat kemasukan ialah:
- Warganegara Malaysia berumur 17 tahun keatas.
- Bagi calon SPM 2011, anda boleh menggunakan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM.
Berikut ialah senarai program Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Jerai:
Sijil Modular Kebangsaan 1 - SMK 1
- Pemanduan Pelancongan Bandar.
- Jangka-masa kursus adalah 6 bulan.
Sijil Modular Kebangsaan 2 - SMK 2
- Pemanduan Pelancongan Alam Semulajadi.
- Jangka-masa kursus adalah 6 bulan.
Sijil Modular Kebangsaan 3 - SMK 3
- Ketua Rombongan.
- Jangka-masa kursus adalah 4 bulan.
Sijil Modular Kebangsaan 4 - SMK 4
- Pemandu Pelancong Setempat.
- Jangka-masa kursus adalah 4 bulan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Pengambilan SMK, Pn. Nurasyikin Bt Mohd Salleh - 04-4471051 atau datang sendiri ke Kolej Komuniti Jerai di alamat ini.













