Pertandingan nasyid di KKBDA

Image

Pada 01/03/2010 sebanyak 6 orang pelajar yang diiringi oleh Ustz.Mohd Ridzuan Rizal dan Encik Norroshidi pensyarah Kolej Komuniti Cawangan Jerai (KKCJ) telah menyertai pertandingan nasyid yang dianjurkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA), Jitra dengan menaiki van kolej komuniti. Perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi dan tiba di KKBDA pada jam 10.00 pagi. Sebaik sahaja sampai disana, peserta diberi masa untuk melakukan sedikit latihan dan juga minum pagi.

Image

Diantara pelajar kolej yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 4 iaitu Mohd Firdaus, Nur Fatin, Safirah, Nurul Amila, Noor Syahirah dan seorang pelajar semester 1 iaitu Norazri. Tepat pada pukul 11.00 pagi, pertandingan nasyid dimulakan. Kolej kami iaitu Kolej Komuniti Cawangan Jerai membawa lagu yang bertajuk “Rasullulah Dalam Mengenangmu” pada pusingan pertama.

Image

Setelah pusingan pertama tamat,kami diberi masa untuk berlatih yang bertempat di bilik latihan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.Pada pusingan kedua,kumpulan kolej kami membawakan lagu yang bertajuk "Dia Kekasih Allah."Pertandingan nasyid tersebut tamat pada jam 5 petang.

Image