Pameran sempena Pertandingan Kemahiran PUSTIKA 2011
Pameran sempena Pertandingan Kemahiran PUSTIKA 2011 Institusi Wilayah Utara 2011-10-20
Pertandingan Kemahiran PUSTIKA ialah pertandingan merangkumi kemahiran Automotif, Jahitan, Masakan dan sebagainya. Para peserta bersungguh-sungguh menunjukkan kemahiran masing-masing untuk memenangi hadiah yang disediakan penganjur.
Pameran bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 ptg. Pertandingan dirasmikan oleh Pengarah KEDA SIK. Pameran disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO seperti Pusat Latihan GIAT MARA, PUSTIKA, Pusat Pembangunan Kemahiran, Jabatab Kesihatan, Bomba, JPA, Kolej Komuniti Jerai dan sebagainya.
Acara juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah oleh agensi terlibat dan orang ramai serta mendapat cenderahati. Pameran Kolej Komuniti Jerai diwakili oleh Ustaz Ridzuan Rizal Dan Cik Feetril Huda bersama 4 orang pelajar pada hari pertama. Pameran dan pertandingan sebegini patut diadakan lagi pada masa akan datang demi kejayaan dan kecemerlangan pelajar.













