Pameran
Kolej Komuniti Cawangan Jerai seringkali dijemput untuk mengadakan pameran disekitar Daerah Yan, samada di sekolah sekolah mahupun majlis-majlis luar.
![]()
Pameran pertama yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Cawangan Jerai pada Hari Kantin Sek.Men Model Khas Jenun atas jemputan sekolah berkenaan. Pameran tersebut mendapat sambutan yang positif dari para pelajar sekolah tersebut.
![]()
Pihak Kolej Komuniti mengambil inisiatif mempromosi Unit Kursus Pendek dan juga Sijil Pelancongan & Pengembaraan.
![]()
Kolej Komuniti Cawangan Jerai juga pernah menjalankan pameran di dewan Guar Chempedak sempena Hari Pameran & Sukan Rakyat Guar Chempedak.













