Merentas Desa di Teluk kumbar

Pada 21/02/2010 sebanyak 13 orang pelajar yang diiring oleh En. Azam Azuar dan En. Norroshidi pensyarah Kolej Komuniti Cawangan Jerai (KKCJ) telah menyertai merentas desa di teluk kumbar Pulau Pinang dengan menaiki sebuah van perjalanan bermula seawal 04.30 pagi dan tiba pada jam 06.30 pagi. Sebaik sahaja tiba disana para peserta melakukan aktiviti regangan badan.

Image

Tepat pada jam 07.00 pagi peserta kelas pertama iaitu 18 tahun keatas dilepaskan dan diikuti kelas kedua iaitu perempuan 18 tahun keatas manakala bagi kelas ketiga pula ialah 18 tahun ke bawah bagi kelas keempat pula ialah golongan veteran. Jarak perlumbaan pula berbeza antara lelaki dan perempuan bagi lelaki jarak perlumbaannya ialah 8 kilometer manakala bagi perempuan pula jarak perlumbaannya lebih pendek berbanding lelaki iaitu iaitu 6 kilometer. Laluan perlumbaan bermula dengan berlari dijalan berturap seterusnya peserta diminta berlari di persisiran pantai disinilah laluan yang paling mencabar mental dan fizikal para peserta namun dengan semangat dan tunjuk ajar dua orang pensyarah yang berpengalaman dan bersemangat waja ini membuatkan para pelajar KKCJ tidak mengenal erti menyerah kalah.

Laluan seterusnya pula berbeza antara peserta lelaki dan peserta perempuan.Peserta perempuan dibenarkan mengambil lencongan manakala bagi peserta lelaki pula diminta untuk melalui laluan yang berbukit-bukau.Seterusnya para peserta diminta berlari memasuki jalan kampung dan terus ke garisan penamat.Dengan tunjuk ajar dua pensyarah berkaliber semua pelajar Kolej Komuniti Cawangan Jerai berjaya sampai ke garisan penamat tanpa sebarang kecederaan.

Antara peserta KKCJ yang terlibat:

Image

Antara golongan veteran yang terlibat

Image

Peserta wanita yang mendapat pingat penamat

Image

Antara peserta yang mendapat cabutan bertuah