Maklumat terkini kemasukan ke Kolej Komuniti Jerai
Maklumat terkini kemasukan ke Kolej Komuniti Jerai 2011
Program latihan Sijil Modular Kebangsaan adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar. Setiap Sijil Modular Kebangsaan adalah set kemahiran minima didalam sesuatu skop kerja. Sijil Modular kebangsaan telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat. Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
Syarat kemasukan:
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun keatas.
Maklumat latihan yang disediakan di Kolej Komuniti Jerai:
| Kod Program | Nama Program | Kod Modular | Nama Modular | Tempoh |
| P07 | Pengendalian Pelancongan | P07M01 | Pemanduan Pelancongan Bandar | 6 Bulan |
| P07 | Pengendalian Pelancongan | P07M02 | Pemandu Pelancongan Alam Semulajadi | 6 Bulan |
| P07 | Pengendalian Pelancongan | P07M03 | Ketua Rombongan Pelancongan | 4 Bulan |
| P07 | Pengendalian Pelancongan | P07M04 | Pemanduan Pelancongan Setempat (On-site Guide) | 4 Bulan |
Pengambilan dan Permohonan:
Pengambilan akan bermula pada bulan Januari dan Julai. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Kemasukan ambilan pelajar sesi januari 2012, sila muatturun brochure dibawah:
Iklan Kemasukan Ambilan Januari 2012
Info ambilan pelajar bagi Januari 2012:
Beli No. Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10.60 bermula dengan no. 16...@19... (Lepasan SPM untuk masuk ke Kolej Komuniti). Dibuka sehingga Januari 2012.
Layari laman web berikut untuk memohon secara online:
ATAU hadir ke Kolej Komuniti Jerai dengan membawa bersama 'No. Unik ID' tersebut untuk mengisi borang secara manual.
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan di laman web berikut setelah proses pemilihan selesai(akan diumumkan dilaman utama web ini):
Semakan keputusan permohonan: http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp













