Majlis Mesra Aidilfitri Kolej Komuniti Jerai
Majlis Mesra Aidilfitri Kolej Komuniti Jerai 2011
Pada 28 September 2011 telah diadakan majlis jamuan hari raya dengan tema Majlis Mesra Aidilfitri Kolej Komuniti Jerai. Majlis ini yang diusahakan oleh kakitangan, pensyarah dan pelajar-pelajar kursus modular telah bekerjasama menyediakan tempat, memasak makanan serta melayan tetamu bermula jam 10.00 pagi sehingga majlis berakhir jam 3.00 petang.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YB. Dato' Suhaimi Bin Hj. Abdullah, Ketua UMNO Jerai dan YB. Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail, ADUN Guar Chempedak. Suasana semakin meriah dengan kehadiran Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerai, Hasfizatulnisah Bt. Mat Isa dan wakil-wakil dari Jabatan kerajaan, swasta dan komuniti penduduk setempat.













