Majlis bacaan yaasin dan berbuka puasa kkcj 2011
Majlis bacaan yaasin dan berbuka puasa kkcj 2011
Pada 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan yang lalu, satu program majlis bacaan yaasin dan berbuka puasa telah diadakan di Kolej Komuniti Jerai. Semua kakitangan, pensyarah dan pelajar-pelajar telah menjayakan program tersebut.
Majlis bermula pada sebelah petang dengan bacaan yaasin. Seterusnya, apabila masuk waktu berbuka puasa, semua yang hadir berbuka dengan buah kurma dan air mineral. Setelah solat maghrib berjemaah, majlis berbuka pun bermula. Hidangan berupa nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar. Tidak ketinggalan makanan sampingan berupa kuih muih dan murtabak serta pencuci mulut.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan solat isya' dan terawih berjemaah. Ustaz Ridzuan, pensyarah Kolej Komuniti Jerai telah mengimami solat yang dihadiri hampir semua warga kolej termasuk pengarah. Majlis berakhir kira-kira pukul 11 malam.













