Bidor Half Marathon 2010

Image

Pada 24/4/2010 seramai 9 orang atlet Kolej Komuniti Cawangan Jerai (KKCJ) telah menyertai kejohanan HALF MARATHON di Bidor , Perak. Para atlet bertolak pada pukul 10.00 pagi dan sampai di Sungkai homestay pada pukul 5.00 petang untuk bermalam.

Homestay atlet perempuan

Wajah-wajah ceria atlet wanita apabila tiba di Homestay

Image

Homestay atlet lelaki

Pada keesokan paginya para atlet mula bertolak ke Bidor pada pukul 05.30 pagi. Peserta yang terlibat di Half Marathon Bidor  dijangkakan sebanyak 3000 peserta dari luar negara dan dalam negara. Para atlet mula mendaftarkan diri pada pukul 06.30 pagi. Selesai mendaftar para atlet mula membuat regangan badan.

 

Image

Suasana pada hari kejohanan

Tepat pada jam 07.00 pagi peserta  bagi kategori  21 km di lepaskan.  Kumpulan kedua yang dilepaskan adalah peserta bagi kategori 10 km. Seterusnya peserta  bagi kategori 3 km pula di lepaskan. Larian Marathon ini amat  mencabar mental dan fizikal para peserta namun dengan semangat  ini membuatkan para atlet KKCJ tidak mengenal erti menyerah kalah. Dengan adanya latihan setiap minggu  para atlet (KKCJ)  berjaya sampai ke garisan penamat tanpa sebarang kecederaan.

 

Wajah keriangan para atlet selepas berjaya mendapat pingat penamat

Image

Semangat anak jati Kedah yang mewakili KKCJ

 

Image

 

Image

"NO TRAIN,NO GAIN"

 

Image

 

Antara atlet KKCJ yang terlibat:

Ariez syazwan Bin Azali

(10 km) 43 minit

Muhammad firdaus Bin Murad

(10 km) 1 jam 15 minit

Noor Syafeeqa Azwar binti Mohamad Sofiyan

(10km) 1 jam

Noor Suhaila Binti Suhaimi

(3km) 30 minit

Safirah Binti Zamzali

(3km) 20 minit

Nurul Amila Bakeri

(3km) 55 minit

Noor Nazihah Binti Md. Isa

(3km) 25 minit

Noor Hafizah Zulkifli

(3km) 38 minit

Noor Syahirah Hamzah

(3km) 26 minit